....................................................................

Thursday, May 29, 2008

Apa punya kecoh da...

Sejak seminggu dua ni sibuk orang dok sembang pasai keluar masuk parti umno. Ya la mungkin ia melibatkan tokoh-tokoh besar.

Tahniah Ezam dan Tun, anda berjaya mencetuskan gimik yang baik dalam politik negara.

Pada aku biarlah ezam nak buat keputusan begitu. Dia orng politik, tiap tindakan terselit 1001 agenda. ( p/s pada ezam : tengok2 balik macam mana dalam perang ahzab,tentera musuh boleh kucar kacir dan kalah)...Harapnya dia tidak beriman dengan dasar2 yang zalim sudalh walaupun sedkit tindakan dia mengundang fitnah2 besar pada orang yang berjuang.

Beberapa pengajaran yang boleh kita ambik :
1- Nak jadi org politik mesti licik, tak boleh kerap sangat buat tindakan yang berada dalam jangkaan orang lain.
2- Dok posisi dan situasi mana pun kita mesti usaha berada dalam membawa misi/agenda kemenangan Islam.
3- Berpolitik mesti ada prinsip dan aqidah.
4- Kita yang kata berjuang ni, jangan dok seronok sangat dengan setiap perkara dan terpampang dalam politik negara. Selain kita merancang, musuh juga menyusun untuk lambatkan kemengan Islam.

Ya Allah, Tetapakan hati kami dengan perjuangan ini.
Hidup dan mati kami hanya untuk Mu.

Monday, May 19, 2008

TAHNIAH

Tahniah Tun M atas keluarnya beliau dari
'kemuraman' masa depan....

PENGAJARAN DARI PERANG HUNAIN

TazkirahSaukville writes "

Perang Badar baru saja selesai. Namun, peristiwa itu tidak mungkin hilang begitu saja dari benak fikiran para sahabat. Ini kerana Badar merupakan pengalaman mereka yang pertama dalam keramaian genderang perang.

Ketika perang Hunain (berlaku pd 3 syawal) berakhir dengan kemenangan kaum muslimin, Rasulullah SAW dan kaum muslimin mendapatkan harta rampasan perang yang melimpah. Perang ini berlaku pada tahun ke-8 hijrah. Dengan penaklukan kota Mekah, kaum kuffar Arab akhirnya bergabung, bersedia menyerang kaum muslimin. Bahkan, mereka turut membawa anak isteri mereka juga harta benda yang mereka miliki. Perang yang akan merka tempuh seolah-olah perang pertarungan harga diri sehingga mereka harus membawa semua yang mereka miliki untuk berada dalam kafilah perang mereka.


Di pihak lain, kaum muslimin yang berjumlah 10 ribu orang anggota yang telah menyerbu dan menakluk kota Mekah sudah bersiap sedia berangkat ke Hunain. Pasukan ini telah pun ditambah dengan dua ribu orang mualaf, orang yang baru masuk Islam dari penduduk Mekah. Sebuah penghormatan dan harga diri kadang kala menjadi suatu yang amat berharga sehingga apaun yang dimiliki dapat dikerahkan untuk mendapatklan kembali harga diri tersebut. Begitulah yang terjadi kepada orang-orang Arab yang merasa kehormatannya diragut oleh umat Islam Madinah yang berhasil menduduki dan menakluk kota Mekah.Puncak perjuangan kaum kuffar untuk kembali merebbut kehormatan dan harga diri mereka adalah dengan menentang umat Islam.

Jumlah pasukan Islam yang banyak yang bersedia untuk berperang melawan kuffar Arab iaitu dalam 12 ribu orang telah menimbulkan sikap ghurur (bangga diri) pada sebahagian kaum muslimin. Mereka beranggapan bahawa jumlah pasukan umat Islam yang besar akan mudah mengalahkan pasukan kuffar Arab sehingga mereka meremehkan kekuatan musuh. Penyakit ghurur ini menjadikan maknawiyah pasukan Islam menjadi kendur. Mereka kurang bersandar kepada Allah sebagai sumber kekuatan. Hal ini kerana secara manusiawi mereka jauh lebih besar daripada pasukan musuh sehingga tidak terdorong atau melupakan bahawa sumber kemenangan adalah daripada Allah SWT, sama seperti maknawiyah kafir Quraisy ketika mereka menghadapi pasukan Islam di Badar. Akan tetapi, mereka yang sudah ditempa dengan tarbiyah Rasulullah SAW tergerak dan segera menyusun kembali barisan untuk menguasai keadaan sehingga pertempuran itu berakhir dengan kemenangan.

Kemenangan kaum muslimin mendatangkan banyak harta rampasan perang dan tawanan, 6 ribu orang tawanan, 24 ribu unta, 40 ribu lebih kambing, dan 4 ribu lebih uqiyah perak.

Pembahagian Harta Rampasan Perang

Ketika perang berkahir dan setelah beberapa lama Rasulullah menunggu kaum Hawazin yang mungkin datang untuk menebus tawanan mereka di Ji’ranah. Rasulullah SAW membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada para muallaf, pemuka Mekah yang belum lama masuk Islam, dengan jumlah yang cukup besar untuk mengikat hati mereka.

Abu Sufyan diberi 40 uqiyah dan 100 ekor unta, kemudian Abu Sufyan ,meminta bahagian anaknya, Yazid. Rasulullah SAW meluluskan permintaan Abu Sufyan itu dengan memberikan anaknya jumlah yang sama seperti yang beliau perolehi. Begitu juga dengan anaknya yang bernam Mu’awiyah. Rasulullah SAW memberikannya dengan jumlah yang sama. Kepada Hakim bin Hizam, Rasulullah SAW memberikan 100 ekor unta, kemudian dia meminta lagi dan memberikannya tambahan 100 ekor lagi. Shafwan bin Umayyah diberi 100 ekor unta, kemudian 100 ekor lagi, dan ditambah lagi dengan 100 ekor.

Al-Haritsah bin Al-Harits bin Kaladah diberi 100 ekor unta dan beberapa pemuka Quraisy yang lain juga memperolehinya. Selain mereka, ada juga yang mendapat 50 ekor unta, 10 ekor unta, 5, 4, sehingga dikhabarkan bahawa Rasulullah memberikan setiap muallaf yang meminta atau minta tambahan bahagian dan baginda tidak takut miskin. Orang-orang Arab berkerumun meminta bahagian harta sampai baginda terdesak ke sepohon pokok hingga baju baginda terlepas. Baginda berkata, “ Wahai kalian, kembalikan bajuku, demi Zat yang diriku di tangan-Nya, andaikan aku memiliki tanaman di Tihamah, maka aku akan memberikannya kepada kalian dan kalian tidak memanggilku sebagai orang kikir, takut, dan berdusta”.

Kemudian, bagindapun berdiri di samping unta miliknya sambil memegang sebiji gandum dan bersabda, “Wahai manusia, demi Allah, aku tidak lagi menyisakan harta rampasan kalian, termasuk biji gandum ini, kecuali seperlimanya dan seperlima itupun sudah aku serahkan kepada kalian”.

Setelah membahagikan rampasan kepada para muallaf, kepada orang-orang yang baru masuk Islam dan kepada orang yang hatinya masih lemah, Nabi Muhammad SAW memanggil Zaid bin Tsabitagar mengumpulkan sisa harta rampasan perang serta memanggil semua sahabat. Masing-masing sahabat mendapat 4 ekor unta dan 40 ekor kambing. Untuk penunggang kuda, diberikan 12 ekor unta dan 120 ekor kambing.

Pembahagian ini berdasarkan pertimbangan yang sangat matang dan bijaksana. Di dunia, seseorang lebih mampu menerima kebenaran melalui perutnyadaripada akalnya, sebagaimana binatang yang digiring ke kandangnya dengan memancingnya melalui dedaunan. Begitu juga manusia yang memerlukan variasi pujukan untuk menyusupkan keimanan.

Komentar Terhadap Tindakan Rasulullah SAW

Tindakan dan langkah baginda tidak difahami oleh sebahagian sahabat sehingga timbul pelbagai komentar yang tidak sedap didengar. Di antara sahabat yang tidak dapat menerima tindakan Rasulullah SAW ini adalah orang-orang Ansar, padahal merekalah yang paling banyak dilibatkan oleh Rasulullah pada saat-saat krisis hingga suasana pertempuran yang mula kelihatan kalah menjadi sebaliknya dapat dikuasai keadaan. Mereka tidak menerima bahagian daripada harta rampasan perang Hunain.

Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, ia berkata, “Setelah Rasulullah SAW membahagi-bahagikan bahagian rampasan perang kepada orang-orang Quraisy dan kabilah-kabilah Arab, sedangkan orang-orang Ansar tidak mendapat apa-apa bahagian, maka kemudian tersebarlah sosek-sosek di antara mereka, ada yang berkata, “Demi Allah, Rasulullah SAW telah bertemu kaumnya sendiri”.

Lalu Saad nbin Ubadah datang ke tempat baginda seraya berkata, “Wahai Rasulullah, di hati orang-orang Ansar ada perasaan tidak puas hati terhadap engkau kerana pembahagian harta rampasan perang yang telah engkau lakukan. Engkau membahagi-bahagikan nya kepada kaum engkau sendiri dan engkau memberikan bahagian yang amat besar kepada beberapa kabilah Arab, sedangkan orang-orang Ansar itu tidak mendapat apa-apa”.

Kemudian Rasulullah SAW bertanya, “Kalau demikian keadaannya, engkau berpihak kepada siapa wahai Saad?” Saad pun menjawab, “Wahai Rasulullah, tidak ada pilihan lain kecuali aku ikut bersama kaumku”.

“Kalau begitu kumpulkan kaummu di tempat ini!” kata Rasulullah SAW kepada Saad.

Kemudian Saad mengumpulkan semua orang Ansar di tempat yang ditunjukkan Rasulullah. Ada beberapa Muhajirin hendak ikut masuk, namun mereka tidak diperkenankan masuk daan hanya orang-orang Ansar sahaja yang masuk ke dalam tempat itu. Setelah semua orang Ansar telah berkumpul, maka Saad memberitahu Nabi SAW dan baginda pun datang berjumpa dengan mereka.

Taujih Rasulullah SAW

Setelah memuji dan mengagungkan Allah, baginda bersabda, “Wahai kaum Ansar, aku sempat mendengar sosek-sosekdari kalian dan dalam diri kalian ada perasaan tidak puas hati terhadapku. Bukankah dulu aku datang ketika kalian dalam keadaan sesat dan Allah memberikan petunjuk kepada kalian? Bukankah dahulu kalian adalah miskin lalu Allah membuat kalian menjadi kaya dan hati kalian bersatu?”

Mereka menjawab, “Begitulah, Allah dan rasul-Nya lebih murah hati dan banyak kurnianya”.

“Apakah kalian tidak ingin memenuhi seruanku wahai orang Ansar?”

Mereka menjawab, “Dengan apa kami harus memenuhi seruanmu wahai Rasul? Segala anugerah dan kurnianya hanyalah milik Allah dan Rasul-Nya”.

Lalu baginda bersabda, “Demi Allah, jika kalian mahu, kalian perlu membenarkan dan dibenarkan, maka kalian boleh katakan, “Engkau telah datang kepada kami ketika engkau didustakan kaum engkau, kami menerima engkau. Ketika engakau dalam keadaan lemah, kamilah yang menolong engkau. Ketika engkau diusir, kamilah yang memberikan tempat. Ketika engkau dalam keadaan papa, kamilah yang menampung engkau”.

Setelah mengingatkan orang-orang Ansar bahawa mereka lebih berjasa kepada Rasulullah SAW dari orang-orang Quraisy, baginda kemudian bersabda, “Apakah di dalam hati kalian masih terdetik hasrat kepada dunia yang dengan keduniaan itu sebenarnya aku hendak mengambil hati segolongan orang agar masuk Islam. Sementara terhadap keislaman kalian aku tidak lagi meragukannya? Wahai sahabat Ansar, apakah di hati kalian tidak berkenan jika mereka membawa pulang kambing dan unta, sedangkan kalian pulang bersama Rasulullah ke tempat tinggal kalian?”

Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah, tentu aku termasuk golongan Ansar. Jika para sahabat menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah yang lain, tentu aku akan memilih celah yang dilalui oleh orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar, dan cucu orang-orang Ansar”.

Setelah mendengar taujih dari Rasulullah SAW yang mengajak mereka mendahulukan akhirat dan nikmat yang besar, mereka pun menitiskan air mata hingga janggut mereka basah lembab dengan air mata sambil berkata, “Kami redha tindakan Rasulullah dalam urusan bahagian dan pembahagian. Setelah itu, mereka bersurai dan kembali ke tempat mereka semula”.

Renungan Peristiwa Hunain

Kejadian pembahagian rampasan perang ini merupakan tarbiyah bagi para sahabat. Kadang kala ketika kita merasa sudah banyak berbuat untuk dakwah, maka kita merasa bahawa kita berhak atas semua keuntungan duniawi dari dakwah. Oleh itu, seperti kejadian Hunain, sebahagian sahabat merasa bahawa mereka lebih berhak atas rampasan perang Hunain dibandingkan dengan orang-orang Quraisy yang baru masuk Islam ketika Fath Al-Makkah.

Ketika hati kita dipenuhi dengan rasa protes kerana kita merasa bahawa jasa kita tidak dihargai, maka prasangka pun akan menghinggapi hati kita sehingga dugaan buruk terhadap lain menguasai kita, seperti yang berlaku kepada orang-orang Ansar pada peristiwa pembahagian harta rampasan perang.

Yang lebih berbahaya adalah jika kekecewaan atas tindakan itu menular kepada orang lain sehingga suasana ukhrawi tidak terlihat.Yang ada sebaliknya, ejekan disebabkan kekecewaan dan tidak puas hati terhadap qiyadah. Jika keadaan ini tidak cepat diselesaikandengan penjelasa-penjelasa n daripada pihak qiyadah, maka tidak mustahil keadaan ini akan bertambah parah menjadi pergaduhan atau perpecahan.

Di pihak yang lain, sebagai seorang qiyadah, Rasulullah SAW menyedari bahawa tidak seluruh landasan tindakannya diketahui oleh para sahabat. Oleh itu, baginda berinisiatif untuk menjelaskan i’tibarat, dan konsider kepada para tentera. Ini perlu cepat dilakukan agar keadaan tidak bertambah teruk. Semakin cepat akan semakin baik, kecuali jika ada program atau rancangan yang lebih efektif untuk menyelesaikan keadaan seperti itu.

Kejadian Hunain telah berlalu sekian lama, tetapi pelajaran dan hikmah yang dapat diambil sentiasa mengalir bagai air dari pergunungan yang dapat menyegarkan dan menghilangkan rasa haus generasi penerus perjuangan. Mudah-mudahan Allah masih membuka hati kita agar kita dapat melihat sesuatu dengan benar dan hati pun tidak terfitnah, terjangkit penyakit dari keadaan yang sam,a dengan keadaan yang dialami oleh sahabt-sahabat Ansar pada masa-masa pertama perjuangan Islam. Wallahu a’lam...
Artikel ini diemailkan kepada saya untuk dikongsi semoga mendapat manafaat.

Note:

Thursday, May 15, 2008

Guru oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

SELAMAT HARI GURU

Kenyataan Akhbar
Ikatan Siswazah Islam Serdang (ISIS)
Sempena Sambutan Hari Guru
16 Mei 2008

Kami megucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua guru yang ada dimana sahaja lokasi dan situasi seluruh Malaysia. Sesungguhnya kami begitu berbangga dengan segala apa yang telah kalian ajarkan. Dalam era yang semakin mencabar ini, generasi guru berdepan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan komitmen yang lebih untuk diberikan dalam mendidik anak bangsa. Amanah yang digalas bagi memenuhi tuntutan falsafah pendidikan Negara bagi melahirkan generasi yang seimbang begitu berat. Ia menjadi bertambah bebanan ini apabila apa yang berlaku dalam masyarakat dari aspek gejala social dan kerosakan-kerosakan lain dipertanggungjawabkan juga kepada kualiti pendidikan guru-guru di sekolah.

Bagi kami, guru tidak sewajarnya difungsikan dengan terlalu banyak focus. Ini akan menyebakan penumpuan mereka kepada proses mendidik pelajar-pelajar menjadi terganggu. Tugas-tugas pengkeranian di sekolah yang dipertanggungjawabkan kepada guru harus diteliti kembali secara serius. Ini tidak termasuk lagi peranan yang mereka perlu mainkan dalam program-program besar yang dibuat di sekolah seperti Hari Sukan, Hari Anugerah Kecemerlangan dan bermacam-macam lagi. Sudak terlalu kerap rungutan ini disuarakan tetapi seolah-olah ia menjadi seperti angin yang berlalu sahaja. Kami juga percaya guru-guru di Malaysia tidak akan menukarkan angin ini menjadi taufan Narjis yang mengemparkan. Oleh itu jalan penyelesaian yang terbaik harus digerakkan segera oleh pihak-pihak berkenaan.

Selain itu juga, kami melihat intitusi perguruan kini perlu terus diperkasakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak. Dengan pelbagai isu yang berkalu di sekolah dan masyarakat sewajarnya kita tidak membiarkan hanya pihak sekolah dan guru-gurunya sahaja berusaha mengatasi perkara ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jawatankuasa Penduduk, Persatuan Alumni sekolah, parti-parti politik, pertubuhan belia serta apa sahaja entity yang ada dalam masyarakat perlu megembeling tenaga dan komitmen bagi melahirkan generasi masa akan datang yang boleh kita pertanggungjawabkan amanah membangunkan Malaysia pada masa hadapan nanti.

Oleh hal yang demikian, sempena sambutan hari guru tahun ini perlulah kita sambut dengan memberikan suatu suasana baru kepada guru-guru Malaysia. Meraka telah membenarkan apa yang telah mereka ikrarkan dalam mendidik generasi akan datang. Kita bagaimana?
Selamat Hari Guru

Berilmu Berbakti

RIDHUAN BIN ABDUL RAZAK
Pengerusi, Ikatan Siswazah Islam Serdang
017-6567907
Zoroterbang@gamail.com

Monday, May 12, 2008

Mindaku

Salam...
Membimbangkan!!!
Sejak kebelaknagan ini krisis makan terutama sttok beras kerapp dibangkitkan...
Sana sini tak cukup beras...
Negara aku ni walupun sekali imbas macam ramai sangat dah yang dok tanam padi tapi hakikatnya kita masih mengimpot daripda negara seperti Thailand lebih 30%... Dulu sebelum mai belajaq pertanian kat UPM ni aku sendiri pun tak tau... Maklum la kat Kg pun aku dok buat bendang... Rasa tiap2 musim bertan2 hasil padi dituai... Lupa plak aku yang rakyat Malaysia ni kuat makan...
Dari emerhatian disebalik tabir ada beberapa punca yang sampai bawa negara ke tahap tak cuku beras...
  • Tanah Sawah yang makin berkurang.. Pakat2 seronok dok menambak kawasan buat perumahan.. Selain tu dengan harga komoditi sawit yang makin meningkat petani kita beralih plak dari tanam padi ketanam sawit....---- Nampak gaya kena pakai juga idea tanam padi atas bumbung mcm sorang M.B sebuah negeri cadangkan dulu..
  • Agensi yang terlibat untuk memajukan kawsan padi seperti MADA, KADA dll main banyak.. Dari kawan2 aku dok cerita agensi2 ni dok jadi platform orang politik bina pengaruh kat situ.. Bila nak dekat P.raya pakat2 ishtihar projek itu dan ini, mcm2 peruntukan masuk, kununya... tp dari perkembangannya apa pun tarak... --- Bila la nak telus 'budak2' politik negara ni...
  • Nanti sambung lain plak...

Pesanan Untuk Semua...

Para mujahidin yang asing di dunia ini, sungguh kalian adalah harapan agama. Janganlah sampai Islam ini jatuh tersungkur di hadapan kalian. Bumi pertempuran telah terbentang, dan tentera sekutu kafir kembali menyatu, musuh telah bersiap. Maka sudah seharusnya kita mengikat azam, menuju puncak kemenangan. Ketahuilah, mereka sangat cinta pada dunia mereka, melebihi cinta kalian pada agama kalian. Sedang kalian mendapat dua pilihan; mati syahid atau kemenangan yang telah dekat waktunya. (Abu Mus’ab)

PAKAT BELAJAQ BUAT BLOG

Seronok hari ni tengok adik2 dok belajar buatt blog...
msing2 dah ada blog sendiri.. bgus3x...
Aku pun sebenarnya baru belajar jga..
Tengok2 adik2 tu lebih mahir warnakan blog diorang walupun baru ja cikgu ubai ajarkan..

Apa pun selamat berblog untuk semua.. manfaatkan untuk tujuan yang 1...
Clearkan niat dan matlamat; teruskan misi kita...ok

Sunday, May 11, 2008

SAlam...

Hidupku dan Matiku Hanya untuk ALLAH