Kenyataan Akhbar
Ikatan Siswazah Islam Serdang (ISIS)
Sempena Sambutan Hari Guru
16 Mei 2008
Kami megucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua guru yang ada dimana sahaja lokasi dan situasi seluruh Malaysia. Sesungguhnya kami begitu berbangga dengan segala apa yang telah kalian ajarkan. Dalam era yang semakin mencabar ini, generasi guru berdepan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan komitmen yang lebih untuk diberikan dalam mendidik anak bangsa. Amanah yang digalas bagi memenuhi tuntutan falsafah pendidikan Negara bagi melahirkan generasi yang seimbang begitu berat. Ia menjadi bertambah bebanan ini apabila apa yang berlaku dalam masyarakat dari aspek gejala social dan kerosakan-kerosakan lain dipertanggungjawabkan juga kepada kualiti pendidikan guru-guru di sekolah. Ikatan Siswazah Islam Serdang (ISIS)
Sempena Sambutan Hari Guru
16 Mei 2008
Bagi kami, guru tidak sewajarnya difungsikan dengan terlalu banyak focus. Ini akan menyebakan penumpuan mereka kepada proses mendidik pelajar-pelajar menjadi terganggu. Tugas-tugas pengkeranian di sekolah yang dipertanggungjawabkan kepada guru harus diteliti kembali secara serius. Ini tidak termasuk lagi peranan yang mereka perlu mainkan dalam program-program besar yang dibuat di sekolah seperti Hari Sukan, Hari Anugerah Kecemerlangan dan bermacam-macam lagi. Sudak terlalu kerap rungutan ini disuarakan tetapi seolah-olah ia menjadi seperti angin yang berlalu sahaja. Kami juga percaya guru-guru di Malaysia tidak akan menukarkan angin ini menjadi taufan Narjis yang mengemparkan. Oleh itu jalan penyelesaian yang terbaik harus digerakkan segera oleh pihak-pihak berkenaan.
Selain itu juga, kami melihat intitusi perguruan kini perlu terus diperkasakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak. Dengan pelbagai isu yang berkalu di sekolah dan masyarakat sewajarnya kita tidak membiarkan hanya pihak sekolah dan guru-gurunya sahaja berusaha mengatasi perkara ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jawatankuasa Penduduk, Persatuan Alumni sekolah, parti-parti politik, pertubuhan belia serta apa sahaja entity yang ada dalam masyarakat perlu megembeling tenaga dan komitmen bagi melahirkan generasi masa akan datang yang boleh kita pertanggungjawabkan amanah membangunkan Malaysia pada masa hadapan nanti.
Oleh hal yang demikian, sempena sambutan hari guru tahun ini perlulah kita sambut dengan memberikan suatu suasana baru kepada guru-guru Malaysia. Meraka telah membenarkan apa yang telah mereka ikrarkan dalam mendidik generasi akan datang. Kita bagaimana?
Selamat Hari Guru
Berilmu Berbakti
RIDHUAN BIN ABDUL RAZAK
Pengerusi, Ikatan Siswazah Islam Serdang
017-6567907
Zoroterbang@gamail.com
2 comments:
Assalamualaikum
Send artikel ni ke blog pemuda sekali.
Dah send invitation
Tengok dalam email
Tahniah. teruskan usaha
Post a Comment